Sunday, December 23, 2012

love me or hate me


Cara Bersahabat

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

"Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya"
(HR Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

"Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga mendapat seumpamanya"
(HR Muslim)

3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)



4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

"Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah"
(HR Abu Daud)

5. Amalan ziarah-menziarahi

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

"Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu"

6. Memberi hadiah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda

"Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang"
(HR Thabrani)

7. Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
"Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan"

(HR Hakim)


Okeh, ni aku copy type....dan,,, aku rasa baru terhantuk dan diketuk...OUCH#
kepada rakan-rakanku, sahabat taulanku, dan rakan seperjuanganku yang dikasihi sekalian..
aku memohon sejuta kemaafan..dan aku sedar, banyak sangat kelemahan dan kekurangan yang ada pada aku ni..kepada yang terguris dan terluka...harap salah silap ni dimaafkan okewhh..harap tahun depan akan jadi yang lebih baik.. in shaa Allah... mana yang xpuas hati, boleh bincang belakang ye..hihi..

Syukran Kathir :)

No comments: