Monday, March 21, 2011

ketemu kembali

setelah seminggu aku nda updte..baru hari ni aku dpt buat post baru..hmm...very2 sibuk lagi bizi....haha..no comment la..cau

Sunday, March 13, 2011

Lelaki Idaman

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang
buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi 


Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Kisah Saya Dan Awak



Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak.
Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak membisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.

bingung=='

aku nak jadi cikgu atau.......

hurmm..tu la perkara yang aku paling bingungkan sekarang ni..rasa2nya lebih 10 orang dah tanya aku macam ni.."dang, ko mo jadi apa?" aku jawab "ntahla..tengok jak la nanti aku jadi apa.." hahaha...sebenarnya aku konfius sangat2 mo terus belajar di mana dan bidang apa...cikgu konselor da bagi hint..tp aku yang tidak pandai menggunakan hint2 yang telah diberi,,aiseh...Hado0ii..apala nak jadi ngan aku ni..erm..ada sesiapa yang nak bagi aku semangat dalam hal ni?? tolooooong larr~ pliz lah~

cikgu~? adeh..lemah semangat aku menyebut perkataan tu..bukan apa..mo jadi seorang guru ni mesti ada ciri2 guru..aku ada ka ciri2 guru? lemmmaaahh lemmmmbutt..sabbbbaaaarrr...kuat semangggggaaatt..tidak kenal erti pennnnaaattt...haha..macam tiada benda tu dalam diri aku..haha..next~

PEGAWAI BANK..haha..tu lah antara cita2 aku selain mo jadi pramugari yang sememangnya tidak akan tercapai (mcm mo pecah ketawa tau) heh~ adala sebab2 tertentu kenapa aku mo ketawa..hurmm..sambung balik..teringat pula kisah sewaktu aku sekolah dulu2..mcm lama ni kan..padahal baru beberapa bulan kasi tinggal sekolah..hehe..ada sorang cikgu ni..dia tanya kami time sesi perkenalan antara cikgu ngan murid..perkara besala tu.."mo jadi apa?"..aku pun jawabla dengan reaksi yang semangat.."CEO bank"..hahaha..mo tau apa alasan aku mo jadi menatang tu :; sebab,,sebelum tu..aku ada berurusan ngn pihak bank..adalah satu bank tu..xbole dinyatakan..kena kompelin nanti blog aku ni..haha..bikin geram dia punya urang..sepatutnya..kenalah layan customer dengan peraaaammmmaahhh..ni nda..macam pegawai penjara jak aku tenguk.."bagus ko bertugas di penjara kalo ko mo mara2".ckp dlm hati jak..nti kena tiau aku..haha..tau la banyak kerja.tapi sebagai pekerja..mesti ada ciri2 yang memuaskan hati pelanggan..kan3?? naaa...time tu la aku pasang angan2 yang aku mo PECAT org tu..wahahahaa..

nampaknya..tu sajalah coretan aku tuk hari ini..hoho

Thursday, March 10, 2011

hari-hari

adeh lama da nda post..

mula hari selasa ;

pagi : kena call oleh mama "dang, pergi bilik mama ambil jaket bapa lepas tu hantar g tadika"
huhu...rupanya mama demam..sian..jadi tuk ringankan beban..aku cuci baju yang aku tidak suka untuk cuci..huuu...betul2 xsuka..tapi xpa..

petang : wat keja taip2..pastu kena panggil lagi oleh mama "dang, masak sotong pastu bakar ikan"...WHAT?? memasak?? oh god~ perkara yang paling sukar untuk aku buat..tapi xpa..buat ja..adeh,,memg malang nasib si tukang masak..sebab dia xpernah2 memasak untuk makan malam..masak untuk diri sendiri pandailah..sedap ka xsedap ka..kompom kena telan..hahaa..

malam : teda buat pa2..just buat kerja taip2..kalau boleh nak cepat siap..jadi boleh relax2..haha...keputusannya :: memg aku siap awl..waaa...puas hati..tp bukan hari ini..hahaha

hari rabu ;

tadaa....petangnya aku siap kerja taip2..tinggal cek lagi..yala..manatau ada salah taip ka..oya, lupa nak bgtau..kerja taip2 tu kerja yang sza aku suru buat..uppss~bukan suru..tapi tolong..haha..3 hari aku teda kat ruma..ti yang mula cerita hari selasa..

malamnya..aku tidur awal..fening~(*_*) mebi terlampau tengok laptop TOSHIBA yang begitu terang benderang..almaklumlah...baru gitu..haha

hari ini - khamis ;

dan terciptalah post yang ntah apa2 ni..nonsense..sbnarnya banyak aku nak post..tpi keadaan tidak mengijinkan...hee..busy..busy..busy..ok la..
*OUT*

Thursday, March 3, 2011

1 daripada 40 mukjizat Nabi Muhammad SAW

"Berbicara Dengan Iblis"

al-kisahnya begini
***
Iblis dan syaitan ialah musuh ketat orang beriman. Kedua-dua makhluk Allah SWT ini tidak akan membiarkan orang yang beriman melakukan kebaikan atau ketaatan kepada Allah. Sebaliknya kedua-duanya menyokong serta menghasut supaya orang berbuat maksiat dan menderhaka kepada Allah.

Diriwayatkan satu ketika Allah SWT memerintahkan iblis pergi menghadap Nabi Muhammad SAW. Iblis dikehendaki menjawab semua soalan yang ditanyakan oleh Nabi. Iblis menyamar sebagai lelaki tua bertongkat.

"Siapa kamu?" Nabi Muhammad SAW bertanya kepada iblis.
"Aku iblis," jawab iblis.
Nabi SAW bertanya lagi, "Untuk apa engkau datang ke mari?"
"Atas perintah Allah bagi menjawab apa sahaja pertanyaan yang kamu ajukian kepadaku," jawab iblis.
"Baiklah," kata Nabi. "Aku ingin tahu, berapa ramaikah musuhmu daripada kalangan umatku?"
Iblis menjawab, "Musuhku daripada kalangan umatmu ada 15 golongan:
  1. engkau sendiri. Engkau adalah musuhku yang paling utama.
  2. pemimpin yang adil.
  3. orang kaya yang tawaduk.
  4. peniaga yang jujur.
  5. orang alim yang solat dengan khusyuk.
  6. orang mukmin yang gemar memberi nasihat.
  7. orang mukmin yang sentiasa memelihara hubungan silaturrahim.
  8. orang yang bertaubat dan kekal dengan taubatnya itu.
  9. orang yang sentiasa berhati-hati terhadap barang dan perkara yang haram.
  10. orang mukmin yang mengutamakan kesucian.
  11. orang mukmin yang banyak bersedekah.
  12. orang mukmin yang baik akhlaknya.
  13. orang mukmin yang hidupnya memberi manfaat kepada orang lain.
  14. orang yang hafal al-Quran dan mengutamakan serta memelihara hafalannya.
  15. orang yang bersolat malam ketika orang lain sedang tidur.
Nabi Muhammad SAW bertanya lagi, "Siapa pula yang menjadi temanmu daripada kalangan umatku?"
Iblis menjawab, "Teman-temanku daripada kalangan umatmu ada 10 golongan:
  1. hakim yang derhaka dan penguasa yang zalim.
  2. orang kaya yng takbur.
  3. peniaga yang tidak jujur.
  4. peminum arak dan kaki judi.
  5. penyebar fitnah.
  6. orang yang riak.
  7. orang yang memakan harta anak yatim.
  8. orang yang meremehkan solat.
  9. orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
  10. orang yang panjang angan-angan tetapu malas untuk berusaha.
 "Semua itu menjadi saudaraku," kata iblis mengakhiri pertemuan dengan Nabi Muhammad SAW.
 ~renung2kan(^.^)V~

penantian?? sungguh seksa..

saja bagi tajuk camtu..sebenarnya aku tunggu jam2..haha..sebab jadual aku untuk tengok tivi bermula dari jam2 petang sampailah ke jam5.30 petang..dari rancangan SEJUTA CINTA MARSHANDA pastu MARIMAR pastu tak tau apa..tak tengok (ambik masa tuk wat keja yang perlu diselesaikan), pastu SAKTI DELIMA-episod akhir hari ni..haha..dan semuanya disiarkan di tvi3..hahaa...peminat tivi3 kot..oklah..tiada idea sudah..next time la aku mengarut lagi..daaa(^,^)V

jom dengar

(^_^) hahaa..suka tak dengar lagu ni?? saja ja post..bagi dengar orang yang belum pernah dengar dan tidak tahu lagi fasal algu ni..hihi...sebenarnya aku boring..tu la main post2 jer..hmm,, 9 bulan di rumah sebelum menjejakkan kaki ke Universiti..InsyaAllah tu pun kalau dapat lah..agak2 nya...apalah yang aku akan buat..takkan dok diam di rumah...alangkah beshnyaa kerja pastu dapat gaji..macam2 boleh di beli..haha..angan2~ adeh..melalut suda..ok la..mo out..nak cari bahan yang nak di post..hihi..dengar,, jangan tak dengar..selagi belum dengar..jangan keluar dari blog ni..haha:)

Wednesday, March 2, 2011

fening~"~

hai bloggy..aku fening la...fening sebab nda tau camana lagi mau cantikkan ko ni..yalaa..kadang2 aku baca balik apa yang aku post..aku sendiri boleh jadi pening..jadi, aku nak carikan kau 'baju' yang sesuai supaya para pembaca termasuk aku sekali nda fening time tengok kau..hahaa..apapun..aku kena ambik masa..sebab aku bukannya pandai memilih sangat..ikut situasi kot..haha..hinde ku alam,!! (bahasa pilipin ; aku tidak tahu)..oklah..tu jer aku nak gitau..kepala aku pening...terlebih tidur agaknya..hee

10 perkara bukti lelaki itu rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar


HAHAHA