Thursday, March 3, 2011

1 daripada 40 mukjizat Nabi Muhammad SAW

"Berbicara Dengan Iblis"

al-kisahnya begini
***
Iblis dan syaitan ialah musuh ketat orang beriman. Kedua-dua makhluk Allah SWT ini tidak akan membiarkan orang yang beriman melakukan kebaikan atau ketaatan kepada Allah. Sebaliknya kedua-duanya menyokong serta menghasut supaya orang berbuat maksiat dan menderhaka kepada Allah.

Diriwayatkan satu ketika Allah SWT memerintahkan iblis pergi menghadap Nabi Muhammad SAW. Iblis dikehendaki menjawab semua soalan yang ditanyakan oleh Nabi. Iblis menyamar sebagai lelaki tua bertongkat.

"Siapa kamu?" Nabi Muhammad SAW bertanya kepada iblis.
"Aku iblis," jawab iblis.
Nabi SAW bertanya lagi, "Untuk apa engkau datang ke mari?"
"Atas perintah Allah bagi menjawab apa sahaja pertanyaan yang kamu ajukian kepadaku," jawab iblis.
"Baiklah," kata Nabi. "Aku ingin tahu, berapa ramaikah musuhmu daripada kalangan umatku?"
Iblis menjawab, "Musuhku daripada kalangan umatmu ada 15 golongan:
  1. engkau sendiri. Engkau adalah musuhku yang paling utama.
  2. pemimpin yang adil.
  3. orang kaya yang tawaduk.
  4. peniaga yang jujur.
  5. orang alim yang solat dengan khusyuk.
  6. orang mukmin yang gemar memberi nasihat.
  7. orang mukmin yang sentiasa memelihara hubungan silaturrahim.
  8. orang yang bertaubat dan kekal dengan taubatnya itu.
  9. orang yang sentiasa berhati-hati terhadap barang dan perkara yang haram.
  10. orang mukmin yang mengutamakan kesucian.
  11. orang mukmin yang banyak bersedekah.
  12. orang mukmin yang baik akhlaknya.
  13. orang mukmin yang hidupnya memberi manfaat kepada orang lain.
  14. orang yang hafal al-Quran dan mengutamakan serta memelihara hafalannya.
  15. orang yang bersolat malam ketika orang lain sedang tidur.
Nabi Muhammad SAW bertanya lagi, "Siapa pula yang menjadi temanmu daripada kalangan umatku?"
Iblis menjawab, "Teman-temanku daripada kalangan umatmu ada 10 golongan:
  1. hakim yang derhaka dan penguasa yang zalim.
  2. orang kaya yng takbur.
  3. peniaga yang tidak jujur.
  4. peminum arak dan kaki judi.
  5. penyebar fitnah.
  6. orang yang riak.
  7. orang yang memakan harta anak yatim.
  8. orang yang meremehkan solat.
  9. orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
  10. orang yang panjang angan-angan tetapu malas untuk berusaha.
 "Semua itu menjadi saudaraku," kata iblis mengakhiri pertemuan dengan Nabi Muhammad SAW.
 ~renung2kan(^.^)V~

No comments: