Thursday, October 9, 2014

Oktober 2014

Setelah kesekian kalinya, akhirnya aku menaip juga bait-bait merapu di blog ni..hehehe..alkisahnya, nak edit bagai la kononnya dengan ilmu yang penuh dalam dada ni, tapi akibat terlalu pintar..ilmu ni pun disorok dan disimpan rapi serapi-rapinya..astaghfirullahalazim..

Masa semakin mencemburui kami, tuptaptuptap..aku di tahun terakhir..tinggal beberapa tugasan yang perlu disiapkan..cepatnya masa berlalu..rasanya belum cukup lagi pengalaman yang aku ukir sepanjang di tanah semenanjung ni..oh, betapa ruginya aku..apapun, sebelum habis ni..aku mau pekena skytrex..sounds good!!

apapun,, aku sangat menghargai masa-masa yang terluang bersama sahabat seperjuangan aku sepanjang tiga tahun setengah ni..tengah aku rajin buat assignment, diarang tengah malas..bila diaorang tengah rajin, aku pula bermalasan-malasan..begitulah lumrah kehidupan sebagai pelajar universiti..itulah dinamakan perjuangan yang paling kental..kikiki..kesian kamuorang kan..asyik aku ja malas..ayat tadi tu saja bagi nampak adil..

last but not least, aku masih di pertengahan sem ni..berbaki 2 minggu untuk cuti midsem dan juga percutian ke hongkong..harap-harap semuanya selamat..doakan kami selamat pergi dan pulang ok..dan sem ni quite busy sebab semua kerja kena pakai flash ==! malas bebenor..apapun, wish me luck to the end until my convo day!! very excited >.< bye