Saturday, December 20, 2014

daydreaming part II

Berada di atas kapal untuk balik ke kampung halaman
pramugari dan pramugara bekerja seperi biasa menunjuk ajar penumpang
tapi pada kali ini agak luar biasa
kerana ada slot khas untuk aku
oh, 10 januari rupanya

Setiba di tanah air sendiri
hirup nafas panjang-panjang sebab hampir 4 bulan tidak balik ke rumah
seperti biasa, dijemput bagai sang puteri (haa..sebab tiada lesen =.=")

Sampai dirumah,
nampak sebiji kek kegemaran namun terdapat kelainan sedikit
hiasan kek tu bagai rasa tidak percaya~ minus one lagu dato' siti berkumandang
ada sebentuk cincin atas kek tersebut
waa, di hari istimewa ada perkara istimewa
aku di lamar?

Kedengaran bunyi riuh rendah
Pelik seketika
"Cik, kita dah sampai ke destinasi"

HAHAHAHAHA

almost at the end

Wohaa..

seronok
duaronok
tigaronok
dan amat suka
haha

Akhirnya, sampai juga aku di penghujung jalan, JALAN USIM yang bed*bah ni..haha..so, azam aku menjelang tahun 2015 ialah keluar dari USIM secepat mungkin..wahaha..dengar kes itu dan ini..kisah itu dan ini..berita itu dan ini..makin bertambahlah kuat azam aku..padahal memang akan keluar juga dari USIM..

Di hujung-hujung perjalanan ni, lebih banyak buat kenangan-kenangan terindah dengan kawan-kawan sebelum kembali ke kampung halaman..tapi aku, menyendiri dalam bilik..haha..tu la, orang suruh buat FYP awal..engkau galok sana galok sini..makannyaaaa, telan sayur peria la jawabnya dihujung sem..

Apapun, memang pengalaman la buat flash sensorang..ni baru namanya FYP..FYP boleh, belacan pun boleh..haha..melalut di akhir sem..but then, tunggu la aku balik nanti..akan aku balas dendam dengan mencuci mata di cinema..yeahhhh, balas dendam!!

Dan, sampai sini sahaja aku melalut..teruskan buat keghojaaa.. nah, belanja gambar cikeddd..


edit sound using pinnacle

page biodata Rasulullah


Page salasilah Rasulullah

**********

tu je! bye


Thursday, November 13, 2014

am i ?


Haha, haha, haha, haha...
kelucuan dengan benda alah diatas..
sejak bila jadi DESIGNER ni?
dan layakkah untuk menjadi seorang designer?
hihi..biasa-biasa sahaja..dan cukup-cukup rasa.
and then design mana yang mampu..

kalau..................
buat perkhidmatan design,
agak-agak ada orang akan tempah ka ya?
hihi, i'm doing my best

bawah ni kira macam "proposal" la..
kaching!!!!hehe

ini adalah assignment brochure yang terakhir untuk tahun terakhir..hihi

kalau ada yang berminat, 
bolehlah email untuk detail
suhaidah.filzah@yahoo.com


Monday, November 10, 2014

Almost at the end

Wohaaaa!!

Sekarang ni berada di zon cepat-cepat siapkan assignment.. orang semangat mahu praktikal dan grad..begitulah jadinya..Jadi dikesempatan ini, ambil lah kesempitan untuk catat detik-detik terakhir berada di bumi USIM..kalau dulu tahun satu aku merepek dalam blog ni..sekarang semuanya adalah kenangan.. hikhik >.< apapun, baki yang cuma tinggal separuh sem ni harap dapat digunakan sebaiknya untuk menyiapkan final project yang terakhir.

Sem ni sangat mencabar, apa tidaknya.. Semua kerja melibatkan laptop.. Harap-harap mata ni dapat bertahan dan sihat sempurna sampai bila-bila.. Ribuan terima kasih juga kepada Bu Rose, sebab menaja laptop yang baru..yihuuuuu...dengan laptop ni, semua kerja dapat dibuat dengan senang hati.. Syukur sangat-sangat.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik makcik ku ni..

Last but not least ;

ini semua bakal menjadi proposal aku untuk hari yang mendatang

MM Internet
1) Proposal ChocoDol
2) Brochure ChocoDol
3) Website ChocoDol

MM Advance
1) Game - Islamic Kids Shooter
2) Animation - Abu Nawas

FYP
1) i-Sirah : interactive learning courseware

HCI
1) Kiosk : e-Summon kiosk

Kajian Quran dan Hadis di Era ICT
1) Bacaan Quran bagi orang OKU (pekak)

Statistik
Setiap minggu ada test dan latih tubi

Hambek ko, memang terabur sem ni..haha..beginilah alkisahnya final year before grade.. Ada lagi satu subjek..tapi aku drop.. BI3!!!! muahahaha...tu maksudnya aku dah dapat band 3.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat,,berkat doa mak aku dan usaha dan sebagainya... yipi yipi yipi....memang tidak tergambar kegembiraan aku ni selepas dapat tahu aku sudah capai muet band 3..memang berbaloi jika kita berkorban sesuatu untuk dapatkan sesuatu..namun perlu ada usaha..hihi

Apapun, SCROLL "Bachelor of Quranic Studies with Multimedia with (Honours)mu tunggu aku datang ambil yaaaaa!!!! hihi

Alhamdulillah syukur pada-MU ya ALLAH ^________^

Kisah Kita


Thursday, October 9, 2014

Oktober 2014

Setelah kesekian kalinya, akhirnya aku menaip juga bait-bait merapu di blog ni..hehehe..alkisahnya, nak edit bagai la kononnya dengan ilmu yang penuh dalam dada ni, tapi akibat terlalu pintar..ilmu ni pun disorok dan disimpan rapi serapi-rapinya..astaghfirullahalazim..

Masa semakin mencemburui kami, tuptaptuptap..aku di tahun terakhir..tinggal beberapa tugasan yang perlu disiapkan..cepatnya masa berlalu..rasanya belum cukup lagi pengalaman yang aku ukir sepanjang di tanah semenanjung ni..oh, betapa ruginya aku..apapun, sebelum habis ni..aku mau pekena skytrex..sounds good!!

apapun,, aku sangat menghargai masa-masa yang terluang bersama sahabat seperjuangan aku sepanjang tiga tahun setengah ni..tengah aku rajin buat assignment, diarang tengah malas..bila diaorang tengah rajin, aku pula bermalasan-malasan..begitulah lumrah kehidupan sebagai pelajar universiti..itulah dinamakan perjuangan yang paling kental..kikiki..kesian kamuorang kan..asyik aku ja malas..ayat tadi tu saja bagi nampak adil..

last but not least, aku masih di pertengahan sem ni..berbaki 2 minggu untuk cuti midsem dan juga percutian ke hongkong..harap-harap semuanya selamat..doakan kami selamat pergi dan pulang ok..dan sem ni quite busy sebab semua kerja kena pakai flash ==! malas bebenor..apapun, wish me luck to the end until my convo day!! very excited >.< bye